Pejam celik, budak kecik ini dah 11 bln umurnya... dah ligat sana sini.. perkembangannya amat laju nak banding dgn abg2 nya pada sebaya ini..
Pada awalnya, aku risau dah lima 6 bulan belum lagi merangkak... Masuk je umurnya 7 bulan... semua dapat serentak... merangkak, duduk dan cuba berdiri. Umurnya masuk 9 bulan dah dapat melangkah dua @ tiga langkah.. Semasa umurnya 10 bulan dah dapat berjalan recently dah pandai memanjat kerusi... Bila dah dapat kaki penat mama dan abahnya menjaga. Pantang tengok lampu akuarium terpasang... pasti terkedek-kedek datang memanjat kerusi. Tp yg tak bestnya, timbangannya tak pernah turun... sentiasa naik. Sekarang beratnya dah 10.5 kg. Yang merisaukan sekarang giginya baru dua batang..... alahai anakku mama dah jemu masak nasi bubur....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan