Rabu, 24 Mac 2010

Melepas gian...


Hampir 2 tahun tidakku lewati lokasi yang dulunya pot menarik. Bukan faktor kesibukan mahupun jemu. Tapi.......

Penghujung 2009, pelbagai versi cerita dan berita yang terdengar. Dipatuk ular, dibelit ular dan mati. Itulah cerita dan berita yang kurang enak untuk santapan telinga. Dan yang pastinya...........
kematian merupakan ajal dah tiba. Cuma yang pasti penyebabnya "LEMAS" kerana tersangkut dijaring.

Perkhabaran lokasi itu kembali meriah. Menarik minat untuk aku kembali melewatinya....

Tanggal 20/3/2010 bersama rakan karibku, kami menuju ke tempat yang dimaksudkan. Suasana tenang dikejutkan dengan kocakkan air. Dalam benakku sememangnya meriah...
Aku memulakan pencarian......

setiap kali kepalan dedak pelbagai perisa dicampak,dilontar mahupun di baling. Tiada juga mahkluk yang ingin menjamahnya kecuali getusan-getusan kecil yang membosankan.

Selang beberapa minit, Abu Garsia yang kupacakkan digigi air menjerit-jerit dan hujungnya mengangguk-angguk. Dengan tenang, aku kayuh perlahan-lahan. Ah.... sudah menampakkan hasilnya... Tangkapan pertama hamir 1.5kg rohu berjaya di daratkan.

cetusan rasa ; tokwee4644@yahoo.com

Selasa, 9 Mac 2010

Lawatan ke Muzium Polis dan Cosmo Theme Park Berjaya Times Square


Seawal 5.30 pagi aku bangun menyiapkan keperluan adik ayish. Along dan angah aku kejutkan dari tidur.
Jam 7.00 pagi aku mendapat panggilan daripada Cikgu fadzian. Mereka telah bertolak dari sekolah. Aku meminta hubby menghantar aku ke tanjung malim untuk menunggu bas.
Dalam 10 minit kemudian, bas pun sampai. aku meneruskan perjalanan bersama 4 orang guru ( Ustazah Mina, cikgu faridah, Cikgu Halin dan juga Cikgu Fadzian) serta 36 orang murid dan juga anak-anak cikgu yang turut serta.
Hujan renjai mengiringi perjalanan kami. Beberapa kemalangan juga berlaku. Geng2 murid lelaki menyanyi riang di belakang.
kami berhenti untuk makan sarapan pagi di Hentian Sungai Buluh. Kesempatan itu juga ada ke tandas melepaskan hajat.
kami meneruskan perjalanan ke Muzium polis. Kami tak lama di situ. Setelah habis kami ronda kami bertolak ke destinasi utama iaitu Cosmo Theme Park.
Sampainya kami di Cosmo Theme park. Aku kena jaga budak2 kecil. ok lak aku pun takut nak main. macam nak tercabut nyawa aku tgk. Lihatlah keseronokkan kami di Cosmo Theme park. sebelum balik kami berpeluang menaiki monarail. Best......

Isnin, 1 Mac 2010

Berbaloi-baloi......






Setelah lama aku tidak bertarung. Semalam aku berpeluang untuk pergi bertarung. Pagi-pagi lagi aku bersiap untuk pergi bertarung setelah mendapat 'green light' dari cik ayang.
Walaupun perjalanan yang jauh tetap aku gagahi mengharunginya.
Setelah mengambil masa setengah jam perjalanan, sampai jua aku ke destinasi yang lama telah tidak aku kunjungi.

Sesampainya aku di tempatnya yang sesuai, tanpa melengahkan masa aku mengeluarkan senjata azimat yang telah lama aku tidak gunakan.
Aku pun memulakan pertarungannya.
setelah puas sang suria membaham dan memamah kulit lengan dan muka...... santapan kuat mengejutkan aku dari mamai.
Aku bertarung lagi....
Satu......lepas satu......satu..... lepas satu,satu. Oh berbaloi-baloi...............