Selasa, 9 Mac 2010

Lawatan ke Muzium Polis dan Cosmo Theme Park Berjaya Times Square


Seawal 5.30 pagi aku bangun menyiapkan keperluan adik ayish. Along dan angah aku kejutkan dari tidur.
Jam 7.00 pagi aku mendapat panggilan daripada Cikgu fadzian. Mereka telah bertolak dari sekolah. Aku meminta hubby menghantar aku ke tanjung malim untuk menunggu bas.
Dalam 10 minit kemudian, bas pun sampai. aku meneruskan perjalanan bersama 4 orang guru ( Ustazah Mina, cikgu faridah, Cikgu Halin dan juga Cikgu Fadzian) serta 36 orang murid dan juga anak-anak cikgu yang turut serta.
Hujan renjai mengiringi perjalanan kami. Beberapa kemalangan juga berlaku. Geng2 murid lelaki menyanyi riang di belakang.
kami berhenti untuk makan sarapan pagi di Hentian Sungai Buluh. Kesempatan itu juga ada ke tandas melepaskan hajat.
kami meneruskan perjalanan ke Muzium polis. Kami tak lama di situ. Setelah habis kami ronda kami bertolak ke destinasi utama iaitu Cosmo Theme Park.
Sampainya kami di Cosmo Theme park. Aku kena jaga budak2 kecil. ok lak aku pun takut nak main. macam nak tercabut nyawa aku tgk. Lihatlah keseronokkan kami di Cosmo Theme park. sebelum balik kami berpeluang menaiki monarail. Best......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan