Hampir 2 tahun tidakku lewati lokasi yang dulunya pot menarik. Bukan faktor kesibukan mahupun jemu. Tapi.......
Penghujung 2009, pelbagai versi cerita dan berita yang terdengar. Dipatuk ular, dibelit ular dan mati. Itulah cerita dan berita yang kurang enak untuk santapan telinga. Dan yang pastinya...........
kematian merupakan ajal dah tiba. Cuma yang pasti penyebabnya "LEMAS" kerana tersangkut dijaring.
Perkhabaran lokasi itu kembali meriah. Menarik minat untuk aku kembali melewatinya....
Tanggal 20/3/2010 bersama rakan karibku, kami menuju ke tempat yang dimaksudkan. Suasana tenang dikejutkan dengan kocakkan air. Dalam benakku sememangnya meriah...
Aku memulakan pencarian......
setiap kali kepalan dedak pelbagai perisa dicampak,dilontar mahupun di baling. Tiada juga mahkluk yang ingin menjamahnya kecuali getusan-getusan kecil yang membosankan.
Selang beberapa minit, Abu Garsia yang kupacakkan digigi air menjerit-jerit dan hujungnya mengangguk-angguk. Dengan tenang, aku kayuh perlahan-lahan. Ah.... sudah menampakkan hasilnya... Tangkapan pertama hamir 1.5kg rohu berjaya di daratkan.
cetusan rasa ; tokwee4644@yahoo.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan