Rabu, 21 April 2010

waris.....



Inilah anak-anak ku. pelbagai ragam dan karenah......

Cuti 3 hari.....

Sempena cuti 3 hari... aku habis masa untuk mengemas rumah dan mencuba resepi dalam www.myresepi.com....
Hari sabtu............ kami mengemas rumah... buang apa yang perlu dibuang (sawanglah apa lagi)

Hari Ahad............ Hubby pergi memancing. Tinggallah aku dan anak2 di rumah.
Aku berpakat dengan anak2 nak buat kek. Aku mengajak anak2 ke kedai membeli barang2 untuk buat kek. Disebabkan jam belum kul 10 pagi.. Tf pun x buka lagi... terpaksalah aku ke yatt fong. dapatlah barang yang aku perlukan. aku pun meneruskan projek aku.... fuhh hasilnya yang dibanggakan. Hubby pun memberikan ucapan tahniah padaku. inilah hasilnya...........

Hari isnin............. aku dan hubby sibuk memasak di dapur... hubby menunjukkan skill nya membakar ikan... hasilnya pergi memancing... opps lupa nak tunjukkan ikannya...

Aku ngan hubby sibuk masak. Nasib baiklah adik tidur.... dapatlah hubby menyediakan ikan bakar special untuk kami... bahagian aku masak sambal sotong dan masak cendawan.... serta menyediakan air asam untuk ikan bakar. Inilah hasilnya....

BOLA

Dah lama x edit blog ni.. asyik duk layan fb ye... sampai along sibuk duk tanya bilo nak masukkan cite bola along.............
Hari ni berkesempatan nak coret kat blog ni.......... aku gabungkan sekali kisah bolanya dan juga hasil kerja tangannya.......
Bola sebagai hadiah birthdaynya baru2 ni.....
Jenuh juga aku dan hubby berfikir nak beli hadiah apa untuknya..........
Oleh kerana minatnya pada main bola... kami berdua ambil keputusan hadiahkan bola untuknya.
Nasib baik Al ikhsan ada di sini dapat lah kami mencari bola untuk dijadikan hadiah.
oleh kerana minatnya pada pasukan MU, kami menghadiahkannya sebiji bola MU.

Isnin, 5 April 2010

Adik....



Pejam celik, budak kecik ini dah 11 bln umurnya... dah ligat sana sini.. perkembangannya amat laju nak banding dgn abg2 nya pada sebaya ini..
Pada awalnya, aku risau dah lima 6 bulan belum lagi merangkak... Masuk je umurnya 7 bulan... semua dapat serentak... merangkak, duduk dan cuba berdiri. Umurnya masuk 9 bulan dah dapat melangkah dua @ tiga langkah.. Semasa umurnya 10 bulan dah dapat berjalan recently dah pandai memanjat kerusi... Bila dah dapat kaki penat mama dan abahnya menjaga. Pantang tengok lampu akuarium terpasang... pasti terkedek-kedek datang memanjat kerusi. Tp yg tak bestnya, timbangannya tak pernah turun... sentiasa naik. Sekarang beratnya dah 10.5 kg. Yang merisaukan sekarang giginya baru dua batang..... alahai anakku mama dah jemu masak nasi bubur....

Boring..........




Walaupun telah lama berlaku nak juga aku berkongsi dengan semua..... hasil nukilan hubby sayang...

Merunggut-rungut dan membebel......

Orang lain, kawan-kawan along semua balik kampung bila cuti. Along je asyik duduk kat umah. Abah tak pa lah gi mancing.

Kesian gak tengok anak-anak boring giler... Habis tu nak ke mana? Aku cuba memancing perhatian mereka. Sungai Kelah ! Jerit mereka. Lega gak hati nak ke Sungai Kelah, kalau tak koyak le poket kalau destinasi yang jauh.... dah le hujung bulan.

Setelah puas berendam, agak-agak dah kecut.. perut pun masing-masing minta adar diisi. Nasib baik Ayang dah masakkan Meehoon goreng pagi-pagi lagi. Jadi ada gak habuan.

Ingat lepas makan bolehlah bertolak balik... rupa-rupanya.. "bedebur" mereka kembali berendam.
Aduh!!!..............

Rabu, 24 Mac 2010

Melepas gian...


Hampir 2 tahun tidakku lewati lokasi yang dulunya pot menarik. Bukan faktor kesibukan mahupun jemu. Tapi.......

Penghujung 2009, pelbagai versi cerita dan berita yang terdengar. Dipatuk ular, dibelit ular dan mati. Itulah cerita dan berita yang kurang enak untuk santapan telinga. Dan yang pastinya...........
kematian merupakan ajal dah tiba. Cuma yang pasti penyebabnya "LEMAS" kerana tersangkut dijaring.

Perkhabaran lokasi itu kembali meriah. Menarik minat untuk aku kembali melewatinya....

Tanggal 20/3/2010 bersama rakan karibku, kami menuju ke tempat yang dimaksudkan. Suasana tenang dikejutkan dengan kocakkan air. Dalam benakku sememangnya meriah...
Aku memulakan pencarian......

setiap kali kepalan dedak pelbagai perisa dicampak,dilontar mahupun di baling. Tiada juga mahkluk yang ingin menjamahnya kecuali getusan-getusan kecil yang membosankan.

Selang beberapa minit, Abu Garsia yang kupacakkan digigi air menjerit-jerit dan hujungnya mengangguk-angguk. Dengan tenang, aku kayuh perlahan-lahan. Ah.... sudah menampakkan hasilnya... Tangkapan pertama hamir 1.5kg rohu berjaya di daratkan.

cetusan rasa ; tokwee4644@yahoo.com

Selasa, 9 Mac 2010

Lawatan ke Muzium Polis dan Cosmo Theme Park Berjaya Times Square


Seawal 5.30 pagi aku bangun menyiapkan keperluan adik ayish. Along dan angah aku kejutkan dari tidur.
Jam 7.00 pagi aku mendapat panggilan daripada Cikgu fadzian. Mereka telah bertolak dari sekolah. Aku meminta hubby menghantar aku ke tanjung malim untuk menunggu bas.
Dalam 10 minit kemudian, bas pun sampai. aku meneruskan perjalanan bersama 4 orang guru ( Ustazah Mina, cikgu faridah, Cikgu Halin dan juga Cikgu Fadzian) serta 36 orang murid dan juga anak-anak cikgu yang turut serta.
Hujan renjai mengiringi perjalanan kami. Beberapa kemalangan juga berlaku. Geng2 murid lelaki menyanyi riang di belakang.
kami berhenti untuk makan sarapan pagi di Hentian Sungai Buluh. Kesempatan itu juga ada ke tandas melepaskan hajat.
kami meneruskan perjalanan ke Muzium polis. Kami tak lama di situ. Setelah habis kami ronda kami bertolak ke destinasi utama iaitu Cosmo Theme Park.
Sampainya kami di Cosmo Theme park. Aku kena jaga budak2 kecil. ok lak aku pun takut nak main. macam nak tercabut nyawa aku tgk. Lihatlah keseronokkan kami di Cosmo Theme park. sebelum balik kami berpeluang menaiki monarail. Best......

Isnin, 1 Mac 2010

Berbaloi-baloi......






Setelah lama aku tidak bertarung. Semalam aku berpeluang untuk pergi bertarung. Pagi-pagi lagi aku bersiap untuk pergi bertarung setelah mendapat 'green light' dari cik ayang.
Walaupun perjalanan yang jauh tetap aku gagahi mengharunginya.
Setelah mengambil masa setengah jam perjalanan, sampai jua aku ke destinasi yang lama telah tidak aku kunjungi.

Sesampainya aku di tempatnya yang sesuai, tanpa melengahkan masa aku mengeluarkan senjata azimat yang telah lama aku tidak gunakan.
Aku pun memulakan pertarungannya.
setelah puas sang suria membaham dan memamah kulit lengan dan muka...... santapan kuat mengejutkan aku dari mamai.
Aku bertarung lagi....
Satu......lepas satu......satu..... lepas satu,satu. Oh berbaloi-baloi...............

Rabu, 10 Februari 2010

Anak demam....

smlm cik ayang call, adik tiba-tiba demam. Kelam kabut aku bawa anak g klinik. GB nampak mcm bad mood je bila aku minta nak g hantar anak ke klinik. Cik ayang terpaksa cuti jaga anak di rumah.

Sabtu, 6 Februari 2010

Pertandingan

Dengor2 nya sempena Tahun Baru Cino

Rabu, 3 Februari 2010

hobi kawe......





p/s: dah lama mancing d sungai n lombong, kawe nak cuba lak mancing laut.pada cuti tahun baru cina nanti. Sapa2 minat leh lah join....

keluarga kawe









Ni kawe....







Cik ayang n putera2 kawe......








Pembuka kata

Salam perkenalan..................